Isnin, 10 Disember 2012

Keputusan UPSR

Keputusan UPSR sekolah saya menaik.
Tapi, masih tidak dapat memecahkan rekod.
Seramai 14 orang murid yang mendapat 5A.
Manakala, 8 orang murid mendapat 4A1B.
Alhamdulillah..
Saya mendapat 5A.
Terima kasih! kepada guru-guru yang mengajar dan ibubapa yang sentiasa mendoakan.
Kepada rakan-rakan yang tidak bernasib baik,
jangan berputus asa dan teruskan usaha.
Semoga berjaya di masa akan datang..
Sekian, terima kasih...


Makan angin di Bukit Tinggi dan Bangi

Ini sarapan semasa berada di Colmar Tropicale.
Semua makanan yang dihidangkan memang sangat sedap.

Inilah pemandangan semasa berada di Colmar Tropicale.
Suasana di situ memang cukup indah dan suhunya sejuk...
Binaan-binaan di situ berasaskan bangunan di Perancis.
Sewaktu berada di situ, kita merasakan seolah-olah berada di luar negara.
Memang sangat menyeronokkan..



  Japanese Village.
Di situ, kita boleh melihat rumah-rumah Jepun.
Buatannya sangat cantik.

Ahad, 18 November 2012

Debaran 19.11.12


19.11.12  ialah hari yang paling mendebarkan bagi murid yang menduduki UPSR.
Keputusan akan diumumkan pada hari tersebut.
Semua murid Tahun 6 pasti berasa sangat takut, gementar dan sebagainya..
Perasaan saya hanya Allah sahaja yang tahu.
Saya berharap saya dan rakan-rakan seperjuangan mendapat keputusan yang sangat cemerlang.
SKTM meletakkan target seramai 25 orang calon UPSR memperoleh 5A.
Itu semua harapan guru-guru, ibu-bapa dan murid-murid.
Keputusan bergantung kepada Usaha dan Doa murid.
Saya harap pada tahun 2012, Sekolah Kebangsaan Taman Muhibbah akan menggegarkan sekolah dengan memperoleh keputusan yang sangat membanggakan.
Ya Allah! Engkau tolonglah hambamu ini supaya memperoleh 5A di dalam Peperiksaan UPSR.
Dan memperoleh markah matapelajaran yang sangat tinggi iaitu:
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN    A+
BAHASA MELAYU PENULISAN        A+
MATEMATIK                                     A+
SAINS                                              A+
BAHASA INGGERIS                         A+
Amin..... insyaAllah..
Sekian, terima kasih.

Bersiar-siar di Nusajaya

Semasa di dalam Pingu place.
Nasib baik sempat bergambar dengan Pingu.
Comel sangat Pingu ni...

Saya, Abang dan Ameel bergambar dengan Thomas.
Tutt..Tutt..Tutt...
Thomas And Friends.


Ini ialah Ballerina yang sangat comel.
Ia pandai menari..
Cantik dan Cute...


Saya tak dapat masuk ke dalam Hello Kitty.
So, sempat bergambar di luar je..
Huhu... sedihnya.
Tapi, ayah kata lain kali kita pergi lagi. Yeay!
Cantik dan Kreatif sangat replika atau gambar di belakang saya ni..
HELLO KITTY!
Cuti hujung minggu yang sangat menyeronokkan.
Ibu saya pergi berjalan di Batam.
Saya, ayah, abang dan adik pun berjalan juga..
Tujuannya, merehatkan minda sebelum menghadapi peperiksaan SDEA.
Harap dapat berjalan dengan lancar dan dapat menjawab semua soalan dengan jawapan yang paling tepat.
Amin...
Sekian, terima kasih.


Sabtu, 10 November 2012

Lawatan ke Langkawi & Pulau Penang

Lawatan ini diadakan selama 3 hari 2 malam.
Ia satu pengalaman yang sangat menyeronokkan.
Gambar 1: Bergambar di buaian yang terletak di hadapan Owl Museum.
Gambar 2: Sebelum menaiki Cable Car di Bukit Bendera.
Gambar 3: Semasa menaiki bot di KILIM Geoforest Park.
Gambar 4: Di sebuah gua yang dipenghuni oleh beberapa kumpulan kelawar yang sedang tidur.
Saya harap ia sebagai satu kenangan yang sangat manis.
Sekian, terima kasih...

Hari Anugerah Kecemerlangan 2012

Ini semasa menerima hadiah Tempat Pertama , Matapelajaran Terbaik dan Kedudukan Dalam Darjah 6.

 Bersama dua orang rakan yang disayangi dan bakal dinobatkan sebagai Tokoh.

 Alhamdulillah.. Berkat doa Mama dan Papa, saya dinobatkan sebagai Tokoh Akademik.


Rakan seperjuangan saya yang sentiasa membantu di dalam pelajaran.
Hannah dinobatkan sebagai Tokoh Murid.
Manakala, Marziah dinobatkan sebagai Tokoh Kokurikulum.
Tahniah! kepada mereka berdua dan juga rakan2 yang menerima hadiah.
Semoga berjaya di masa akan datang dan memanfaatkan ilmu yang dipelajari.
Sayang mereka. Muah!!!!...
Sekian, terima kasih...

Isnin, 22 Oktober 2012

Mom's Graduation Day

 Sementara menunggu mama mengambil Skrol kat dalam Dewan.

 Ni masa kat depan pintu gerbang Dewan Sultan Iskandar.

Ini bunga pemberian khas oleh Papa, Abang, Saya dan Adik.

Comel tak Teddy Bear kat bunga tu?
Saya harap mama suka atas pemberian hadiah oleh kami.
Suasana kat situ riuh-rendah.
Semua graduan terdiri daripada pelbagai bangsa.
Saya harap agar dapat mengikut jejak ibu dan ayah saya.
Saya bangga atas kejayaan mereka.
"Mama sambunglah lagi..."
Sekian, terima kasih..

Sabtu, 20 Oktober 2012

OME! at Jusco Tebrau

Hari ini, adik saya cakap pelakon OME! nak datang.
Tapi, dia salah cakap tarikh.
OME datang minggu depan.
Melepas saya nak tengok:
> Jibam
> Mazlin
> See Yew Soon
Tetapi, saya dah dapat salah satu benda yang saya inginkan.
Cuma tinggal satu je lagi.
Harap, saya dapat beli benda tu.
Sekian, terima kasih...

Jamuan Raya Sekolah

 Sementara menunggu Cikgu menghidang makanan.

 Ini Cikgu Syamil. Beliau mempunyai ramai peminat di sekolah.

Inilah dia antara peminat Cikgu  Syamil.

Jamuan Raya pada tahun ni kurang BEST, kerana:
- Sebelum rehat, perlu belajar seperti biasa mengikut jadual.
- Tidak boleh pakai baju raya.
Walau apa pun, saya tetap bergembira kerana dapat beraya bersama rakan-rakan.
Ini ialah tahun terakhir saya menyambut Hari Raya di sekolah ini.
Tahun hadapan, saya akan menyambut Hari Raya di sekolah menengah.
Sekian, terima kasih...

Rakan-Rakan Tersayang

Ini gambar rakan-rakan kesayangan saya.
Comel tak mereka semua ni?
Dari kiri, bawah: Ainaa, Marziah, Arbaiah
Dari kiri, atas: Dania, Nadirah, Aina Fadhilah & Athirah
Saya sayang mereka semua.
"I hope our friendship will never done"
Mereka baru sahaja selesai menjalani peperiksaan yang sangat besar.
Iaitu UPSR.
Saya harap kami semua mendapat keputusan yang sangat cemerlang.
'5A' dalam genggaman.
Sekian, terima kasih..

Jumaat, 19 Oktober 2012

Lawatan sambil Belajar

Sedang menunggu bas yang tak sampai-sampai.

 Semasa berada di Sekolah Sains Bandar Penawar.

Selepas bersembahyang di Masjid Bandar Penawar

Pengalaman ketika berada di sana sungguh menyeronokkan.
Lagi-lagi ketika bersama rakan-rakan.
Saya melawat 3 jenis sekolah yang berbeza, iaitu:
- Madrasah Al-Attas AlArabiah
- Sekolah Sukan Bandar Penawar
- Sekolah Sains Bandar Penawar
Lawatan ini disertai oleh 80 orang murid darjah Enam dan 5 orang guru pengiring.
Setiap sekolah mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Selepas kami melawat ketiga-tiga buah sekolah, kami bergerak menuju ke Tanjung Balau Beach Resort.
Guru-guru membawa kami ke sana bertujuan menghilangkan stres setelah mengahadapi peperiksaan UPSR.
Sekian, jumpa lagi....


Langkah Pertama


Assalam...
Ini cerita saya.
Kehidupan saya.
Saya baru tamat UPSR saya.
Saya tak tahu nak buat apa.
Jadi saya hasilkan blog ini.
Ikut macam ayah saya.
Ini blog ayah saya.
Saya nak jadi macam ayah saya.
Saya nak tulis apa sahaja.