Selasa, 12 Februari 2013

Kehidupan di Sekolah Tun Fatimah

Pada hari Isnin yang lalu..
Saya mendaftarkan diri di STF.
Sekolah tu agak besar dan cantik.
Ia terletak kira-kira 25 km dari rumah.
Selepas daftar, ambil cadar.
Beli baju di koperasi.
Kemas barang di asrama.
Dengar ceramah.
Makan tengahari.
Lepas tu, mama dan papa nak balik.
Huhuhu....
Sedih dan sayu..'
Hari pertama di sana agak membosankan.
Hari kedua dah ada kawan.
Hari ketiga dah mula belajar.
Hari keempat dah mula rindu.
Hari kelima tak sabar nak balik.
Selepas cuti, rasa tak nak balik sekolah.
Nak duduk rumah je..
Tapi, lepas dah fikir masak-masak, saya kena balik juga.
Errrrrrrrggggghhhhhh'''
Berkali-kali nangis kat rumah.
Tapi, lepas 4 hari dah mula Okey sikit.
Esok dah nak balik asrama.
2 hari lagi, jumpa..
Saya hanya mampu berdoa dan tawakal kepadaNya.
Ditabahkan hati.
Dimurahkan rezeki.
Keluarga sihat dan aman.
Amin...
Sekian, terima kasih.

Jumaat, 1 Februari 2013

Sekolah Baru

Semenjak bersekolah di Sekolah Menengah,
Saya rasa agak asing.
Mungkin sebab saya baru di situ.
Akak-akak dan Abang-abang senior ada yang sombong.
Tapi, ada juga yang baik hati.
Kelas saya terletak di tingkat 2.
Mudah untuk saya naik, turun dan juga tidak terlalu penat.
Kali pertama masuk kelas, rasa macam masuk gua.
Senyap yang teramat.
Sampaikan ada cikgu yang marah sebab senyap sangat.
Haha! Biasanya cikgu marah sebab bising.
Setelah 2 minggu bersekolah di situ, kelas dah mula riuh.
Sampai bawah boleh dengar suara.
Rakan sekelas semua dah jadi kawan.
Kawan-kawan baru semuanya sporting.
Ada yang mulut laser, ada yang comel, ada yang aktif dan ada yang kelakar.
Setelah sebulan berkawan..
Keputusan tawaran ke SBP sudah keluar.
Saya diterima untuk memasuki sekolah itu.
Sedih dan kecewa kerana terpaksa meninggalkan kawan-kawan.
Tapi, saya telah membuat keputusan untuk berpindah ke sekolah baru.
Hanya tinggal 1 hari lagi je untuk saya bersama mereka.
Esok saya perlu meninggalkan mereka.
Harap saya dapat berjumpa dengan kawan baru.
Saya sayang mereka semua.
Adira, Aina, Syiffa, Dania, Shazlin, Hannah, Umairah, Marziah dan Umie.
Sekian, terima kasih..

Lama tak Update..

Dah lama tak update blog ni.
Maklumlah, dah mula persekolahan.
Di usia baru..
Di sekolah baru..
Kawan baru..
Guru baru..
Banyak pengalaman pahit dan manis.
Dulu masa darjah 6, jadi 'SENIOR'.
Sekarang, jadi JUNIOR je..
Tak apa! Asalkan belajar.
Yang penting hormat orang tua.
Tgh menunggu keputusan SBP.
In shaa Allah.. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah..
Rasa cemburu kat kawan-kawan yang dapat masuk SBP.
Harap saya dapat masuk juga..
Banyakkan berdoa..
Banyakkan melakukan ibadah..
In shaa Allah.. Ada rezekinya..
Sekian, terima kasih..