Isnin, 22 Oktober 2012

Mom's Graduation Day

 Sementara menunggu mama mengambil Skrol kat dalam Dewan.

 Ni masa kat depan pintu gerbang Dewan Sultan Iskandar.

Ini bunga pemberian khas oleh Papa, Abang, Saya dan Adik.

Comel tak Teddy Bear kat bunga tu?
Saya harap mama suka atas pemberian hadiah oleh kami.
Suasana kat situ riuh-rendah.
Semua graduan terdiri daripada pelbagai bangsa.
Saya harap agar dapat mengikut jejak ibu dan ayah saya.
Saya bangga atas kejayaan mereka.
"Mama sambunglah lagi..."
Sekian, terima kasih..

Sabtu, 20 Oktober 2012

OME! at Jusco Tebrau

Hari ini, adik saya cakap pelakon OME! nak datang.
Tapi, dia salah cakap tarikh.
OME datang minggu depan.
Melepas saya nak tengok:
> Jibam
> Mazlin
> See Yew Soon
Tetapi, saya dah dapat salah satu benda yang saya inginkan.
Cuma tinggal satu je lagi.
Harap, saya dapat beli benda tu.
Sekian, terima kasih...

Jamuan Raya Sekolah

 Sementara menunggu Cikgu menghidang makanan.

 Ini Cikgu Syamil. Beliau mempunyai ramai peminat di sekolah.

Inilah dia antara peminat Cikgu  Syamil.

Jamuan Raya pada tahun ni kurang BEST, kerana:
- Sebelum rehat, perlu belajar seperti biasa mengikut jadual.
- Tidak boleh pakai baju raya.
Walau apa pun, saya tetap bergembira kerana dapat beraya bersama rakan-rakan.
Ini ialah tahun terakhir saya menyambut Hari Raya di sekolah ini.
Tahun hadapan, saya akan menyambut Hari Raya di sekolah menengah.
Sekian, terima kasih...

Rakan-Rakan Tersayang

Ini gambar rakan-rakan kesayangan saya.
Comel tak mereka semua ni?
Dari kiri, bawah: Ainaa, Marziah, Arbaiah
Dari kiri, atas: Dania, Nadirah, Aina Fadhilah & Athirah
Saya sayang mereka semua.
"I hope our friendship will never done"
Mereka baru sahaja selesai menjalani peperiksaan yang sangat besar.
Iaitu UPSR.
Saya harap kami semua mendapat keputusan yang sangat cemerlang.
'5A' dalam genggaman.
Sekian, terima kasih..

Jumaat, 19 Oktober 2012

Lawatan sambil Belajar

Sedang menunggu bas yang tak sampai-sampai.

 Semasa berada di Sekolah Sains Bandar Penawar.

Selepas bersembahyang di Masjid Bandar Penawar

Pengalaman ketika berada di sana sungguh menyeronokkan.
Lagi-lagi ketika bersama rakan-rakan.
Saya melawat 3 jenis sekolah yang berbeza, iaitu:
- Madrasah Al-Attas AlArabiah
- Sekolah Sukan Bandar Penawar
- Sekolah Sains Bandar Penawar
Lawatan ini disertai oleh 80 orang murid darjah Enam dan 5 orang guru pengiring.
Setiap sekolah mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Selepas kami melawat ketiga-tiga buah sekolah, kami bergerak menuju ke Tanjung Balau Beach Resort.
Guru-guru membawa kami ke sana bertujuan menghilangkan stres setelah mengahadapi peperiksaan UPSR.
Sekian, jumpa lagi....


Langkah Pertama


Assalam...
Ini cerita saya.
Kehidupan saya.
Saya baru tamat UPSR saya.
Saya tak tahu nak buat apa.
Jadi saya hasilkan blog ini.
Ikut macam ayah saya.
Ini blog ayah saya.
Saya nak jadi macam ayah saya.
Saya nak tulis apa sahaja.