Selasa, 12 Februari 2013

Kehidupan di Sekolah Tun Fatimah

Pada hari Isnin yang lalu..
Saya mendaftarkan diri di STF.
Sekolah tu agak besar dan cantik.
Ia terletak kira-kira 25 km dari rumah.
Selepas daftar, ambil cadar.
Beli baju di koperasi.
Kemas barang di asrama.
Dengar ceramah.
Makan tengahari.
Lepas tu, mama dan papa nak balik.
Huhuhu....
Sedih dan sayu..'
Hari pertama di sana agak membosankan.
Hari kedua dah ada kawan.
Hari ketiga dah mula belajar.
Hari keempat dah mula rindu.
Hari kelima tak sabar nak balik.
Selepas cuti, rasa tak nak balik sekolah.
Nak duduk rumah je..
Tapi, lepas dah fikir masak-masak, saya kena balik juga.
Errrrrrrrggggghhhhhh'''
Berkali-kali nangis kat rumah.
Tapi, lepas 4 hari dah mula Okey sikit.
Esok dah nak balik asrama.
2 hari lagi, jumpa..
Saya hanya mampu berdoa dan tawakal kepadaNya.
Ditabahkan hati.
Dimurahkan rezeki.
Keluarga sihat dan aman.
Amin...
Sekian, terima kasih.

Jumaat, 1 Februari 2013

Sekolah Baru

Semenjak bersekolah di Sekolah Menengah,
Saya rasa agak asing.
Mungkin sebab saya baru di situ.
Akak-akak dan Abang-abang senior ada yang sombong.
Tapi, ada juga yang baik hati.
Kelas saya terletak di tingkat 2.
Mudah untuk saya naik, turun dan juga tidak terlalu penat.
Kali pertama masuk kelas, rasa macam masuk gua.
Senyap yang teramat.
Sampaikan ada cikgu yang marah sebab senyap sangat.
Haha! Biasanya cikgu marah sebab bising.
Setelah 2 minggu bersekolah di situ, kelas dah mula riuh.
Sampai bawah boleh dengar suara.
Rakan sekelas semua dah jadi kawan.
Kawan-kawan baru semuanya sporting.
Ada yang mulut laser, ada yang comel, ada yang aktif dan ada yang kelakar.
Setelah sebulan berkawan..
Keputusan tawaran ke SBP sudah keluar.
Saya diterima untuk memasuki sekolah itu.
Sedih dan kecewa kerana terpaksa meninggalkan kawan-kawan.
Tapi, saya telah membuat keputusan untuk berpindah ke sekolah baru.
Hanya tinggal 1 hari lagi je untuk saya bersama mereka.
Esok saya perlu meninggalkan mereka.
Harap saya dapat berjumpa dengan kawan baru.
Saya sayang mereka semua.
Adira, Aina, Syiffa, Dania, Shazlin, Hannah, Umairah, Marziah dan Umie.
Sekian, terima kasih..

Lama tak Update..

Dah lama tak update blog ni.
Maklumlah, dah mula persekolahan.
Di usia baru..
Di sekolah baru..
Kawan baru..
Guru baru..
Banyak pengalaman pahit dan manis.
Dulu masa darjah 6, jadi 'SENIOR'.
Sekarang, jadi JUNIOR je..
Tak apa! Asalkan belajar.
Yang penting hormat orang tua.
Tgh menunggu keputusan SBP.
In shaa Allah.. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah..
Rasa cemburu kat kawan-kawan yang dapat masuk SBP.
Harap saya dapat masuk juga..
Banyakkan berdoa..
Banyakkan melakukan ibadah..
In shaa Allah.. Ada rezekinya..
Sekian, terima kasih..

Isnin, 10 Disember 2012

Keputusan UPSR

Keputusan UPSR sekolah saya menaik.
Tapi, masih tidak dapat memecahkan rekod.
Seramai 14 orang murid yang mendapat 5A.
Manakala, 8 orang murid mendapat 4A1B.
Alhamdulillah..
Saya mendapat 5A.
Terima kasih! kepada guru-guru yang mengajar dan ibubapa yang sentiasa mendoakan.
Kepada rakan-rakan yang tidak bernasib baik,
jangan berputus asa dan teruskan usaha.
Semoga berjaya di masa akan datang..
Sekian, terima kasih...


Makan angin di Bukit Tinggi dan Bangi

Ini sarapan semasa berada di Colmar Tropicale.
Semua makanan yang dihidangkan memang sangat sedap.

Inilah pemandangan semasa berada di Colmar Tropicale.
Suasana di situ memang cukup indah dan suhunya sejuk...
Binaan-binaan di situ berasaskan bangunan di Perancis.
Sewaktu berada di situ, kita merasakan seolah-olah berada di luar negara.
Memang sangat menyeronokkan..



  Japanese Village.
Di situ, kita boleh melihat rumah-rumah Jepun.
Buatannya sangat cantik.

Ahad, 18 November 2012

Debaran 19.11.12


19.11.12  ialah hari yang paling mendebarkan bagi murid yang menduduki UPSR.
Keputusan akan diumumkan pada hari tersebut.
Semua murid Tahun 6 pasti berasa sangat takut, gementar dan sebagainya..
Perasaan saya hanya Allah sahaja yang tahu.
Saya berharap saya dan rakan-rakan seperjuangan mendapat keputusan yang sangat cemerlang.
SKTM meletakkan target seramai 25 orang calon UPSR memperoleh 5A.
Itu semua harapan guru-guru, ibu-bapa dan murid-murid.
Keputusan bergantung kepada Usaha dan Doa murid.
Saya harap pada tahun 2012, Sekolah Kebangsaan Taman Muhibbah akan menggegarkan sekolah dengan memperoleh keputusan yang sangat membanggakan.
Ya Allah! Engkau tolonglah hambamu ini supaya memperoleh 5A di dalam Peperiksaan UPSR.
Dan memperoleh markah matapelajaran yang sangat tinggi iaitu:
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN    A+
BAHASA MELAYU PENULISAN        A+
MATEMATIK                                     A+
SAINS                                              A+
BAHASA INGGERIS                         A+
Amin..... insyaAllah..
Sekian, terima kasih.

Bersiar-siar di Nusajaya

Semasa di dalam Pingu place.
Nasib baik sempat bergambar dengan Pingu.
Comel sangat Pingu ni...

Saya, Abang dan Ameel bergambar dengan Thomas.
Tutt..Tutt..Tutt...
Thomas And Friends.


Ini ialah Ballerina yang sangat comel.
Ia pandai menari..
Cantik dan Cute...


Saya tak dapat masuk ke dalam Hello Kitty.
So, sempat bergambar di luar je..
Huhu... sedihnya.
Tapi, ayah kata lain kali kita pergi lagi. Yeay!
Cantik dan Kreatif sangat replika atau gambar di belakang saya ni..
HELLO KITTY!
Cuti hujung minggu yang sangat menyeronokkan.
Ibu saya pergi berjalan di Batam.
Saya, ayah, abang dan adik pun berjalan juga..
Tujuannya, merehatkan minda sebelum menghadapi peperiksaan SDEA.
Harap dapat berjalan dengan lancar dan dapat menjawab semua soalan dengan jawapan yang paling tepat.
Amin...
Sekian, terima kasih.