Jumaat, 1 Februari 2013

Sekolah Baru

Semenjak bersekolah di Sekolah Menengah,
Saya rasa agak asing.
Mungkin sebab saya baru di situ.
Akak-akak dan Abang-abang senior ada yang sombong.
Tapi, ada juga yang baik hati.
Kelas saya terletak di tingkat 2.
Mudah untuk saya naik, turun dan juga tidak terlalu penat.
Kali pertama masuk kelas, rasa macam masuk gua.
Senyap yang teramat.
Sampaikan ada cikgu yang marah sebab senyap sangat.
Haha! Biasanya cikgu marah sebab bising.
Setelah 2 minggu bersekolah di situ, kelas dah mula riuh.
Sampai bawah boleh dengar suara.
Rakan sekelas semua dah jadi kawan.
Kawan-kawan baru semuanya sporting.
Ada yang mulut laser, ada yang comel, ada yang aktif dan ada yang kelakar.
Setelah sebulan berkawan..
Keputusan tawaran ke SBP sudah keluar.
Saya diterima untuk memasuki sekolah itu.
Sedih dan kecewa kerana terpaksa meninggalkan kawan-kawan.
Tapi, saya telah membuat keputusan untuk berpindah ke sekolah baru.
Hanya tinggal 1 hari lagi je untuk saya bersama mereka.
Esok saya perlu meninggalkan mereka.
Harap saya dapat berjumpa dengan kawan baru.
Saya sayang mereka semua.
Adira, Aina, Syiffa, Dania, Shazlin, Hannah, Umairah, Marziah dan Umie.
Sekian, terima kasih..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan